Takwim Diri

Thursday, June 24, 2010

A new me?



Sudah lama aku tak menaip kat sini.. sebenarnya seronok ada blog. tapi malas nk menaip.. padahal bukan susah pun nk taip..hahaha..bukan masalah menaip nk cakap kat sini tapi benda baru yang sebelum ni kita tahu tapi tak sedar akan kepentingannya. Tanggungjawab sebagai seorang muslim dan mengapa kita dilahirkan ke dunia ni..jika di tanya mengapa kita dilahirkan ke dunia ni agak2 ramai tak umat manusia ni tahu akan jawapannya. Sebenarnya tanggungjawab kita ke dunia adalah yang paling berat sekali..gunung-ganang pun tak mampu nk pikul amanah yang Allah berikan ini. tapi kita sanggup nk pikul.. tahukah apa tujuan kita di muka bumi ini? ada dua. yang pertama beribadah kepadaNya dan yang kedua menyeru umat manusia beribadah kepadaNya dan semoga dgn ibadah itu kita mendapat Redha Allah iaitu dgn redhaNyalah dapat kita mengecap kebahagiaan disyurga kelak.

firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." [77]

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan." [78]
(Al-Haj:77-78)

Alhamdulillah, cuti semester kali ni Allah telah tunjukan aku jalan sebenar kehidupan ini. tanggungjawab yang perlu aku galas bersama-sama jemaah yang mejalankan tugas dakwah ini. Jalan yang sukar yang jarang orang lalui..

"Ya Allah, janganlah Engkau biarkan diri ini tersasar dari jalanMu setelah Engkau tunjukkan aku jalan ini dan biarlah aku istiqamah diatasnya bersama para pejuang yang Engkau redhai. Bantulah kami sekiranya kami lemah dan kuatkan hati kami menempuh onak duri dalam melaksanakan tanggungjawab ini."

Untuk melakukan tugas yang berat ini aku harus meningkatkan diri aku.banyak perkara yang harus aku pelajari dan sampaikan kepada rakan2..aku harap aku tabah di atas jalan ini. Selamat tinggal jahiliyah. selamat tinggal karat-karat jahiliyah.. semoga cahaya menanti aku di hadapan nanti.. Salam~

No comments:

Post a Comment