Takwim Diri

Tuesday, June 29, 2010

Antara MISI dan perubahan

Alhamdulillah..Syukur pada Ilahi kerana memberi ruang kepada aku untuk membaiki diri setelah apa yang telah di lalui pada musim cuti skolah lepas..banyak input2 tarbiyah yang dapat aku serap melalui muqayyam 2 minggu tersebut(tp baru skrang dapat tulis).Selain bertemu dengan rakan- rakan baru yang turut melalui jalan yang sama turut memberi semangat dan kesedaran bahawa aku takkan keseorangan melalui jalan ini. Jalan dakwah yang tak pernah terfikir untukku berjalan diatasnya. Terima kasih kepada semua ikhwah yang terlibat semoga ukhwah diantara kita berkekalan hanyasanya kerana Allah. Seterusnya aku diketemukan dengan sebuah novel yang tidak kurang mendidik jiwa yang kosong ini. Novel untuk orang seperti aku yang ingin berubah untuk menjadi lebih "baik". ( definisi "baik" pun ada diceritakan olelh pengarang dalam buku tu).Alhamdulillah syukur.. dan skrg utk mempraktikkan segala teori dan ilmu yang telah diserap. Satu perbincangan dengan ikhwah2 di lokaliti telah diadakan bagi membentuk satu gerakkerja yang mampu di praktik kan agar roh dakwah itu sendiri mampu dilaksanakan. InsyaAllah pertemuan malam tadi hanya lontaran-lontaran idea dan membincangkan resolusi akan diteruskan dengan pertemuan yang akan datang iaitu syura yang lebih hebat lagi.

" Ya Allah bantulah hambaMu ini mengislahkan diri dan membawa agamaMu kepada umat manusia yang memerlukan. SesungguhNya jalan yang kami lalui ini susah dan pahit moga dengan bantuanMu akan memudahan dan memaniskan bagi mereka yang bergerak diatasnya.Amin"

5 comments:

  1. salaam,

    novel ape? waaha baca novel dengan hati, bukan dengan akal..

    kalau buku akademik, baca dengan hati pun, takkan sampai mengalir air mata..

    heh saje aplikasikan ISK kat sini.

    ReplyDelete
  2. Novel VERSUS by Hlovate..isnyaAllah dengan akal dan hati.. sebab tu da 3 hari x abis2 lagi.. hadam slow2.. bagaimana menyentuh hati pun dalam proses..insyaAllah. sementara masih senggang ni.

    ReplyDelete
  3. "baek..tapi tak cukup baek lagi.." (^_^) teringin nak bukak balik tapi mine letak mna ntah..

    jalan itu tak seindah hamparan karpet merah..

    ReplyDelete
  4. ish ish.. definisi baik tu adalah bila kita mengamalkan Islam itu sepenuhnya..selagi kita tak dapat amalkan kita tidak dikira baik lagi. Jadi memang susah nk jadi baik.>Bro Hairi dalam Hlovate

    ReplyDelete