Takwim Diri

Saturday, March 27, 2010

build me a future


Artikel ni amat menarik bagiku.. Build me a future.. Aku tak tahu siapa penulis sebenar surat tu. adakah Jody atau penghasil artikel ni.. tapi ia cukup untuk memotivasikan aku untuk mengajar murid2 ku... kalo lah semua murid kat malaysia ni pandai tulis macam ni aku rasa semua guru kat malaysia jadi lebih bersemangat untuk mengajar kat sekolah.. Apa2 pun kepada guru-guru semua.. mengajarlah dengan baik.. generasi masa depan terletak di tangan anda. andalah pendidik, pembimbing,, mualim, ustaz dan macam2 lagi kepada semua muris di Malaysia..

Sunday, March 21, 2010

Kerana 30 sen..


Hari ini hari yang agak berbahagia bagiku.. Sebagai guru pelatih memang berat hati untuk menggantikan kelas guru lain yang tidak hari ke sekolah. lebih2 lagi masuk ke kelas yang murid2nya boleh di kategorikan sebagai murid lemah dan bermasalah. Begitulah yang berlaku padaku hari ini. Hari ni aku dikehendaki gantikan guru unuk kelas 3 melati. kelas yang bukan calang2 kenakalannya. bising pun boleh tahan. macam biasa masuk kelas ganti tanpa persediaan aku jadi blur nk ajar apa kat murid2 ni. jadi aku arahkan semuanya buka buku teks bahasa melayu. cuma baca petikan yang ada dalam buku tu. rupanya tak semua murid2 kelas ni pandai membaca. jadi aku hanya pilih 4 orang dari mereka untuk membaca yang lain hanya mendengar sahaja. seletah membaca aku suruh mereka melihat gambar yang ada pada buku tersebut dan biarkan mereka mengenalpasti apakah aktiviti yang ada dalam gambar itu. respons yang baik mereka berikan kepadaku. Aku amat berterima kasih kepada mereka. Namun malangnya, baru 15minit kelas berjalan aku sudah ketandusan idea untuk aktiviti seterusnya. tiba2 aku terfikir sesuatu yang tak pernah aku buat sebelum ini. Ideaku berbunyi "Pertandingan Senyap" dan setiap pertandingan pasti ada ganjaran. ganjarannya... hmm... aku nyeluk sakuku dan adalah 30 sen baki aku membeli makanan di kantin semasa rehat tadi. aku jadikan ianya ganjaran yang terbaik untuk murid2 yang boleh bertahan lama kesenyapannya sehinggalah aku menamatkan pertandingan. tidak ku sangka sambutan amat menggalakan dari mereka. Hussin murid yang tak pernah senyap seolah2 bisu seribu bahasa. sehingga ada murid yang terlena dalam kelas. tidak mengapalah bagi ku sekurang2nya mereka tahu belajar apa erti senyap pada hari ini. tiada sebarang bunyi selama hampir 40 minit. fuh kawalan kelas yang betul2 berkesan. aku tamatkan sesi pertandingan 5 minit sebelum balik yang buat sedikit nyanyian agar murid2 senyap tadi ceria kembali...dan aku juga bercadang ingin menukarkan ganjaran 30 sen untuk semua orang kepada coklat atau sesuatu yang semua murid2 kelas tersebut boleh merasa.

Cikgu Q (3.34ptg)